Selasa, 23 April 2013

Foto-Foto Menakjubkan Dari Borneo



(jelajahunik) Borneo (bahasa Inggris: Borneo, Bahasa Indonesia: Kalimantan) merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei, Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan). Ia diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Dayak, dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.
Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Ini adalah pulau terbesar di Kepulauan Melayu, dengan luas 743,330 kilometer persegi. Di sebelah barat Borneo adalah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, di sebelah selatan adalah Jawa, di sebelah timur adalah Sulawesi, dan di sebelah timur laut adalah Filipina.
Titik tertinggi Borneo adalah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di atas permukaan laut. Ini adalah puncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara, yang juga membuat Borneo menjadi pulau tertinggi ketiga di dunia.




Sunset di Kota Kinabalu by Eric Lim

South Peak Mt.Kinabalu by Eric Lim

Waterfront by Matt Watts

A Borneo Sunset From The Beach by Chi King

Greater Green Leafbird by Vil Sandi

A Quite Morning by Riza

Journey To The Centre Of The Earth by Vil Sandi

Mt.K 2 by HK Colin

Black-Capped White-Eye by Lip Kee

Mount Kinabalu Summit (4095m) by Stephane Enten

Photographing Turtles by Wwarby

White-Chested Babbler by Michael Woodruff

Pulau Maiga 5 by Irwandy

Kota Kinabalu by Globetrotteri

South Peak Mt.Kinabalu by Eric Lim

Another Pea-sized Frog : Mahogany Frog by Vil Sandi

Sunrise Descent by : Chris Wary

Pulau Sibuan 2 by Irwandy

In The Fog by Antoine Hubert

Mt. K 5 by HK Colin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar